Wednesday, 2 January 2013

Guru-guru Kaunseling SeMSe

Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang mempunyai empat orang guru kaunseling. Sekolah ini dipimpin oleh Tn Hj Awalludin bin Mat Din, Pengetua Cemerlang dan barisan pentadbir yang hebat. Guru-guru kaunseling cukup dengan 1Malaysia kerana mempunyai dua orang guru Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India. Semangat kerja berpasukan diamalkan oleh kami agar segala perjalanan aktiviti dan program sekolah berjalan dengan lancar...

Guru-guru kaunseling SMK Senawang ialah:

  • Pn. Hjh. Zooraina binti Mohd Noordin, Ijazah Sarjana Muda (Bimbingan dan Kaunseling), UKM, 
  • En. C. Rajendran, Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), UPM
  • Cik Chin Siew Fong, Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), UPM
  • Pn. Norulhuda binti Muhamad, Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), UPM

Pn. Zooraina, Cik Chin, En. Rajendran dan Pn. Norulhuda

Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang mempunyai dua sesi. Guru kaunseling disebelah sesi pagi adalah Pn. Zooraina, En. Rajendran dan Cik Chin manakala guru kaunseling disebelah petang adalah Pn. Norulhuda. Sesi pagi terdiri dari kelas 1A, 2A, tingkatan 3 hingga 5 dan sesi petang pula terdiri daripada kelas Peralihan, tingkatan 1B-1I dan tingkatan 2B-2I...


Kami guru-guru kaunseling berusaha sedaya upaya membantu, membentuk, membimbing dan mendidik murid-murid bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.