Ahli-ahli kelab B&K/PRS/SLAD sungguh bersemangat untuk memasuki pertandingan menghias meja bermaklumat... lokasi hiasan meja tersebut adalah di kafeteria SMK Senawang... Kalau nak kirakan banyak maklumat yang nak dikongsikan untuk warga sekolah tetapi maklumatnya terhad saje...Jadi untuk tahun ini sedikit saja maklumat yang boleh dikongsikan... ia berkaitan dengan cara menangani stress... cara belajar berkesan dan banyak lagi... untuk itu, pembaca blog nak tau lebih lanjut lagi kenalah pergi ke meja kafeteria untuk baca maklumat yang berguna tu...
Tahun ni cikgu penasihat dan ahli kelab sesi petang yang kena uruskan meja bermaklumat ni... tak sangka ahli kelab B&K/PRS/SLAD ni kreatif juga walaupun mereka ni banyak main2 (tak serius)... harap-harap ada harapan la untuk menang kali ni... Kepada ahli kelab B&K/PRS/SLAD, cikgu ucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberi untuk sama-sama mencantikkan meja bermaklumat ni... tidak lupa juga kepada cikgu penasihat dan ahli kelab pada sesi pagi yang sama-sama mengumpul maklumat untuk pertandingan ini... Semangat semua pelajar SMK Senawang mencantikkan meja-meja di kafeteria menampakkan kafe berhias dengan kemas... diharapkan juga warga sekolah akan dapat banyak maklumat pembelajaran di kafe...sambil2 makan tu boleh la baca maklumat kan daripada berbual dengan perkara yang tidak berfaedah...