Monday, 8 April 2013

Program Amalan Guru Penyayang 2013

Assalamualaikum w.t.h dan salam sejahtera... Hari ni sekolah melancarkan Program Amalan Guru Penyayang. Program ini dirasmikan oleh Tn Hj Awalludin bin Mat Din, Pengetua Cemerlang dengan bersama-sama pelajar memotong kek yang menyambut hari lahir bulan April minggu kedua (8-14 April2013)... Program ini diadakan bagi memupuk rasa semangat kepada semua pelajar bahawa ada insan yang menyayangi dan mengambil berat tentang kehidupan mereka di sekolah. Pelajar juga harus ingat bahawa peranan guru di sekolah umpama peranan ibu bapa mereka di rumah. Kesungguhan guru mengajar anak-anak didik membuktikan bahawa guru tidak kenal erti perit dan susah untuk mendidik mereka..