Saturday, 21 September 2013

Lawatan Pembelajaran ke Kuala Lumpur

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Senawang telah membawa para pelajar khususnya ahli PRS ke Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan pada 21 September 2013 (Sabtu). Tempat yang dirancang untuk dilawati adalah Aquaria dan Petrosains, KLCC. Namun begitu, bukanlah semua ahli PRS yang mengikuti lawatan ini. Ada juga pelajar lain yang berminat untuk mengikuti lawatan ini. Dalam KLCC sahaja kami sudah menghabiskan masa sehingga 6 jam. Kesian pemandu bas kena tunggu depan Wisma bersebelahan dengan KLCC. Katanya parking dah penuh depan KLCC tu. Lama menunggu kami sampai kena saman.. Kesian... Bukan salah kami ye...

Para pelajar diturunkan depan Wisma bersebelahan dengan bangunan KLCC...sebelum memulakan sesi lawatan, mereka diberi taklimat agar berhati-hati sepanjang perjalanan... Para pelajar tidak sabar untuk memasuki KLCC...mungkin ada antara mereka yang sudah biasa ke KLCC kerana ibu bapa yang membawanya tetapi ada juga pelajar yang tidak pernah menjejakkan kaki ke KLCC...






Cik Chin membantu mengawal para pelajar untuk naik lif... Ini kerana tempat pertama yang akan dilawati adalah Petrosains... Saya sendiri pun tak pernah pergi ke Petrosains... tak sangka rupanya berada dalam Petrosains selama 3 jam...