Program Motivasi diadakan pada 17 Feb 2014 untuk pelajar tingkatan 2 manakala 21 Feb 2014 untuk pelajar tingkatan 1. Ceramah motivasi yang bertajuk SAHSIAH CEMERLANG MASA DEPAN GEMILANG ini disampaikan oleh En. Shariman bin Che' Derus, Pegawai Latihan Felda, Seremban. Beliau lebih menjuruskan ceramah dalam bentuk aktiviti dan membuatkan pelajar berasa seronok dan tidak bosan dengan aktiviti yang dijalankan.